Hebahan Semasa Hebahan Semasa


Pengaktifan Sepenuhnya Skrin Permohonan Cuti Secara Atas Talian Melalui Sistem HR2U


Baca Selanjutnya
Baca Selanjutnya

Pengaktifan Sepenuhnya Skrin Permohonan Cuti Secara Atas Talian Melalui Sistem HR2U

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera

YBhg. Tan Sri/ Dato'/ Datin / Prof / Tuan / Puan,

Pengaktifan Sepenuhnya Skrin Permohonan Cuti Secara Atas Talian Melalui Sistem HR2U

Dimaklumkan, bagi memastikan tindakan kawalan dan pengawasan terhadap pengurusan cuti staf UiTM diuruskan dengan lebih sistematik dan efisien, permohonan secara atas talian bagi semua jenis cuti akan diaktifkan mulai 15 Julai 2019 (Isnin).

Sila rujuk tatacara permohonan dan kelulusan cuti secara atas talian pada medan:

Manual --> Cuti --> Manual Pengguna / Moderator yang telah disediakan di dalam Sistem HR2U.

Sila berhubung dengan Moderator di Pusat Tanggungjawab (PTJ) / Urusetia Cuti untuk sebarang bantuan mengenai penggunaan skrin dan tatacara permohonan melalui Sistem HR2U.

Sekian, terima kasih.


Mengenai HR2U Mengenai HR2U

HR2U adalah Sistem Pengurusan Sumber Manusia yang telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan sistem Pengurusan Sumber Manusia yang efektif dan efisyen.
Baca Selanjutnya

Baca Selanjutnya

Mengenai HR2U

HR2U menghubungkan Pengurusan Sumber Manusia dengan Teknologi Maklumat melalui perisian HR. Ianya melibatkan pelbagai fungsi seperti Perancangan Sumber Manusia, Pengambilan Dan Penempatan Staf, Pengesahan Dalam Perkhidmatan, Pengurusan Perkhidmatan, Pengurusan Saraan, Kebajikan Dan Kemudahan Staf, Perubatan, Peningkatan Kerjaya, Pengurusan Meninggalkan Perkhidmatan, Pelan Penggantian, Integriti, Pengurusan Psikologi, Analisa HR dan Sistem Penggajian.

HR2U memainkan peranan strategik dalam menguruskan keperluan sumber manusia di UiTM serta membantu merevolusikan persekitaran yang lebih produktif.

Modul pertama yang telah siap dibangunkan adalah penyediaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) secara atas talian bagi penilaian Laporan Nilaian Prestasi Tahunan. Modul ini merupakan salah satu sub modul dalam Modul Pengurusan Perkhidmatan. Sehubungan itu, semua staf pentadbiran Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Gred Khas), Kumpulan Pengurusan Dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana perlu mengisi SKT bagi tahun 2018 secara atas talian.

Daftar Masuk Log masuk




Sila aktifkan javascript untuk log masuk

Log masuk gagal. Sila semak Login ID atau Kata Laluan anda.
Lupa kata laluan?