Login Icon

Sila aktifkan javascript untuk log masuk
Lupa kata laluan?

Hebahan Semasa Hebahan Semasa

PENUTUPAN MENU INTEGRITI - PERISYTIHARAN HARTA DAN LIABILITI

Baca Selanjutnya
Baca Selanjutnya

PENUTUPAN MENU INTEGRITI - PERISYTIHARAN HARTA DAN LIABILITI

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan

Perkara diatas adalah dirujuk.

Dimaklumkan Menu Integriti - Perisytiharan Harta dan Liabiliti akan dilanjut tempoh penutupan akses kepada pengguna mulai 11.3.2022 (Jumaat) jam 10.00 malam
sehingga ke tarikh baharu yang akan dimaklumkan kemudian bagi tujuan penambahbaikan modul.

Pihak Unit Integriti memohon maaf atas sebarang kesulitan.

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Yang benar,

Unit Integriti
Universiti Teknologi MARA
Aras 5, Kompleks Al-Farabi
Jalan Usahawan
40450 Shah Alam
SELANGOR
unitintegriti@uitm.edu.my

KAJIAN SEMULA SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) PERTENGAHAN TAHUN 2022 MENGGUNAKAN SISTEM HR2U BAGI STAF PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL & KUMPULAN PELAKSANA) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/Datin/Prof/Tuan/Puan

KAJIAN SEMULA SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) PERTENGAHAN TAHUN 2022 MENGGUNAKAN SISTEM HR2U BAGI STAF PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL & KUMPULAN PELAKSANA)UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Bersama-sama ini disertakan surat pemakluman dan jadual pelaksanaan Kajian Semula SKT Pertengahan Tahun 2022 bertarikh 7 Julai 2022 untuk rujukan dan perhatian YBhg. Datuk/Datin/Prof/Tuan/Puan selanjutnya.

Dimaklumkan bahawa akses untuk pelaksanaan Kajian Semula SKT Pertengahan Tahun 2022 ini akan dibuka mulai 19 Julai 2022 bagi Pegawai Yang Dinilai (PYD). Mohon kerjasama YBhg. Datuk/Datin/Prof/Tuan/Puan untuk melaksanakan kajian semula ini mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

Sebarang pertanyaan, YBhg. Datuk/Datin/Prof/Tuan/Puan boleh menghubungi Moderator Pengurusan Prestasi di PTJ masing-masing.

Sekian, terima kasih.

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA2030"

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar

Bahagian Pengurusan Perkhidmatan (BPP)
Aras 1, Bangunan Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, SELANGOR

PEMBUKAAN SISTEM PERMOHONAN WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT (WBB) TAHUN 2023

Baca Selanjutnya
Baca Selanjutnya

PEMBUKAAN SISTEM PERMOHONAN WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT (WBB) TAHUN 2023

Assalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/ Profesor/Tuan/Puan

PEMBUKAAN SISTEM PERMOHONAN WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT (WBB) TAHUN 2023

Pekeliling Pendaftar Bil 17 tahun 2018 bertarikh 1 Mac 2018 mengenai Penambahbaikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) di Agensi Kerajaan Persekutuan di Seluruh Negara adalah dirujuk.

2. Permohonan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) bagi tahun 2023 akan dibuka bermula 6 Disember 2022 sehingga 31 Disember 2022. Sehubungan itu, staf boleh memohon waktu bekerja berperingkat dan perlu diluluskan oleh Ketua Jabatan dalam tempoh berkenaan.

Permohonan dibuat secara dalam talian pada pautan hr2u.uitm.edu.my. - Pengurusan Waktu Bekerja - Permohonan Waktu Bekerja Berperingkat

WP yang diluluskan adalah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023.

3. Kerjasama YBhg. Datuk/Dato'/Datin/ Profesor/Tuan/Puan mengenai perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Bahagian Governan dan Sekretariat Universiti
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi MARA

PERMOHONAN MEMBAWA KE HADAPAN BAKI CUTI REHAT & PENGUMPULAN GANTIAN CUTI REHAT (GCR) TAHUN 2022 KE TAHUN 2023

Baca Selanjutnya
Baca Selanjutnya

PERMOHONAN MEMBAWA KE HADAPAN BAKI CUTI REHAT & PENGUMPULAN GANTIAN CUTI REHAT (GCR) TAHUN 2022 KE TAHUN 2023

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Profesor/Tuan/Puan,

PERMOHONAN MEMBAWA KE HADAPAN BAKI CUTI REHAT & PENGUMPULAN GANTIAN CUTI REHAT (GCR) TAHUN 2022 KE TAHUN 2023

Dengan hormatnya perkara di atas dan surat edaran bilangan 500-BPD(PKH.4/3) bertarikh 09 Januari 2023 adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan permohonan membawa ke hadapan Cuti Rehat dan pengumpulan Gantian Cuti Rehat (GCR) tahun 2022 ke tahun 2023 pada sistem HR2U akan dibuka mulai 10 Januari 2023 (Selasa) hingga 22 Januari 2023 (Ahad), manakala kelulusan/ tindakan Pegawai Membenar/ Melulus pula ditetapkan mulai 10 Januari 2023 (Selasa) hingga 27 Januari 2023 (Jumaat).

3. Sehubungan itu, YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Profesor/Tuan/Puan adalah dimohon untuk melaksanakan tindakan tersebut dengan kadar SEGERA sebelum tarikh tutup permohonan dan tindakan kelulusan seperti dinyatakan.

4. Dalam hal ini, dimaklumkan juga bahawa mulai tahun ini pengumpulan maksimum GCR ialah seratus enam puluh (160) hari seperti dimaklumkan terdahulu melalui surat kami bilangan 500-BPD(PKH.4/3) bertarikh 07 Jun 2022. Sehubungan itu, bagi staf yang akan mengumpul GCR melebihi 150 hari pada tahun ini, sila buat tindakan berikut:

(i) Isi borang carry forward/GCR pada sistem HR2U sehingga maksimum 150 hari;
(ii) Isi borang manual carry forward/ GCR seperti dilampirkan; DAN
(iii) Serahkan borang manual yang lengkap diisi kepada Moderator Cuti Bahagian Pentadbiran PTJ masing-masing.

5. Dilampirkan adalah surat edaran berkenaan untuk makluman dan tindakan oleh pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Profesor/Tuan/Puan. Sila berhubung dengan Moderator Cuti PTJ masing-masing, atau Unit Pengurusan Cuti, Bahagian Pengurusan Perkhidmatan, Pejabat Pendaftar sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut atau permasalahan berkenaan perkara ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

Bahagian Pengurusan Perkhidmatan (BPP)
Aras 1, Bangunan Pejabat PendaftarUniversiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, SELANGOR

PENYEDIAAN SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) STAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA TAHUN 2024 SECARA ATAS TALIAN

Baca Selanjutnya
Baca Selanjutnya

PENYEDIAAN SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) STAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA TAHUN 2024 SECARA ATAS TALIAN

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Bersama-sama ini disertakan jadual pelaksanaan penilaian prestasi tahun 2024 untuk panduan dantindakan YBhg. Datuk/ Datin/ Prof/ Tuan/ Puan.

3. Sukacita kami memohon kerjasama YBhg. Datuk/ Datin/ Prof/ Tuan/ Puan, untuk memastikan proses penyediaan Sasaran Kerja Tahunan dipatuhi mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan seperti dalam jadual yang dilampirkan.

4. Penetapan SKT perlu dilakukan pada awal tahun oleh semua PYD bagi menentukan arah haluan, matlamat dan sasaran kerja organisasi. Proses ini bertujuan untuk memastikan sistem kerja yang berkesan bagi mencapai SKT yang ditetapkan. Berikut merupakan peranan dan tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh setiap pegawai terlibat :

Bil. Perkara Peranan dan Tanggungjawab
i. Pegawai Yang Dinilai (PYD)Menetapkan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) mengikut objektif jabatan
ii. Pegawai Penilai Pertama (PPP) Membuat semakan, perbincangan dan mengesahkan
iii. Moderator LNPT Menyelaras proses penyediaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT)

5. Proses penyediaan SKT Tahun 2023 akan dibuka bermula pada 5 Februari 2024 – 29 Februari 2024. Setiap staf pentadbiran diberikan pemakluman melalui emel rasmi UiTM daripada Sistem HR2U.

6. Sila rujuk Lampiran 1 (Jadual Pelaksanaan Penyediaan SKT) dan boleh berhubung dengan Moderator di PTJ masing - masing untuk sebarang pertanyaan. Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Datin/Prof/Tuan/Puan berhubung perkara ini diucapkan terima kasih.

Sekian.

?????? ????? ?????
“MALAYSIA MADANI”

PEMAKLUMAN PROSES KEMASUKAN DAN SEMAKAN SEMULA MARKAH LNPT TAHUN 2023

Baca Selanjutnya
Baca Selanjutnya

PEMAKLUMAN PROSES KEMASUKAN DAN SEMAKAN SEMULA MARKAH LNPT TAHUN 2023

Ruj. Kami : 500-BPD (PKH.13/5)
Tarikh : 1445H ?????
: Mac 2024

Kepada Semua
Ahli Majlis Eksekutif Universiti
Penolong Naib Canselor
Rektor UiTM Cawangan/ Dekan
Ketua Jabatan/ Bahagian/ Pusat/Unit/ Staf
Universiti Teknologi MARA

??????? ???? ????? ????? ????? dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan

PEMAKLUMAN PROSES KEMASUKAN DAN SEMAKAN SEMULA MARKAH LNPT TAHUN 2023

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk, surat kami 500-BPD(PKH.13/5) bertarikh 11 Mac 2024, Pemakluman Pengesahan Markah LNPT tahun 2023 adalah berkaitan.

2. Seperti yang telah dimaklumkan, Mesyuarat Jawatankuasa Pencalonan dan Saraan (NRC) ke – 5 Bil. 2/2024 bertarikh 21 Februari 2024 dan Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Bil. 195 bertarikh 1 Mac 2024 telah mengesahkan markah prestasi 2023 bagi staf akademik dan pentadbiran UiTM.

3. Mesyuarat juga berkeputusan seperti berikut:-

i. Staf yang belum lengkap LNPT 2023 atau belum cukup 6 bulan perkhidmatan hendaklah menyelesaikan penilaian sebelum atau selewat-lewatnya pada 30 Jun 2024.

ii. Semua permohonan kemasukan markah melangkau tahun adalah tidak dibenarkan.

Contoh : Markah LNPT 2022, permohonan rayuan kemasukan pada tahun 2024. (melangkau pada tahun 2023)

iii. Proses semakan markah adalah dalam tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh pemakluman dikeluarkan iaitu pada 11 Mac 2024 sehingga 8 Jun 2024.

iv. Rayuan kemasukan/semakan markah bagi tahun-tahun sebelum 2023, hanya permohonan yang telah diluluskan di JPPSM pusat tanggungjawab sebelum 1 Mac 2024 sahaja akan dipertimbangkan.

4. Amatlah diharapkan YBhg. Datuk/Datin/Prof/Tuan/Puan dapat memastikan proses penilaian prestasi bagi tahun 2023 dilaksanakan dalam tempoh waktu yang ditetapkan agar ianya tidak memberi kesan kepada perkhidmatan.

5. LPU di dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Bil. 195 telah berkeputusan staf yang tidak melaksanakan penilaian prestasi boleh dikenakan tindakan tatatertib.

6. Bersama-sama ini dilampirkan carta alir bagi Proses Semakan Semula Markah LNPT untuk rujukan dan tindakan pihak YBhg. Datuk/Datin/Prof/Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.

?????? ????? ?????

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(NOR AMIRUDDIN BIN MOKHTARUDDIN)
Ketua Timbalan Pendaftar
b.p Pendaftar

Mengenai HR2UMengenai HR2U

HR2U adalah Sistem Pengurusan Sumber Manusia yang telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan sistem Pengurusan Sumber Manusia yang efektif dan efisyen.
Baca Selanjutnya

Baca Selanjutnya

HR2U adalah Sistem Pengurusan Sumber Manusia yang telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan sistem Pengurusan Sumber Manusia yang efektif dan efisyen.

HR2U menghubungkan Pengurusan Sumber Manusia dengan Teknologi Maklumat melalui perisian HR. Ianya melibatkan pelbagai fungsi seperti Perancangan Sumber Manusia, Pengambilan Dan Penempatan Staf, Pengesahan Dalam Perkhidmatan, Pengurusan Perkhidmatan, Pengurusan Saraan, Kebajikan Dan Kemudahan Staf, Perubatan, Peningkatan Kerjaya, Pengurusan Meninggalkan Perkhidmatan, Pelan Penggantian, Integriti, Pengurusan Psikologi, Analisa HR dan Sistem Penggajian.

HR2U memainkan peranan strategik dalam menguruskan keperluan sumber manusia di UiTM serta membantu merevolusikan persekitaran yang lebih produktif.

Modul pertama yang telah siap dibangunkan adalah penyediaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) secara atas talian bagi penilaian Laporan Nilaian Prestasi Tahunan. Modul ini merupakan salah satu sub modul dalam Modul Pengurusan Perkhidmatan. Sehubungan itu, semua staf pentadbiran Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Gred Khas), Kumpulan Pengurusan Dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana perlu mengisi SKT bagi tahun 2018 secara atas talian.