Login Icon

Sila aktifkan javascript untuk log masuk
Lupa kata laluan?

Hebahan Semasa Hebahan Semasa

PENUTUPAN MENU INTEGRITI - PERISYTIHARAN HARTA DAN LIABILITI

Baca Selanjutnya
Baca Selanjutnya

PENUTUPAN MENU INTEGRITI - PERISYTIHARAN HARTA DAN LIABILITI

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan

Perkara diatas adalah dirujuk.

Dimaklumkan Menu Integriti - Perisytiharan Harta dan Liabiliti akan dilanjut tempoh penutupan akses kepada pengguna mulai 11.3.2022 (Jumaat) jam 10.00 malam
sehingga ke tarikh baharu yang akan dimaklumkan kemudian bagi tujuan penambahbaikan modul.

Pihak Unit Integriti memohon maaf atas sebarang kesulitan.

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Yang benar,

Unit Integriti
Universiti Teknologi MARA
Aras 5, Kompleks Al-Farabi
Jalan Usahawan
40450 Shah Alam
SELANGOR
unitintegriti@uitm.edu.my

PENYEDIAAN SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) STAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA TAHUN 2024 SECARA ATAS TALIAN

Baca Selanjutnya
Baca Selanjutnya

PENYEDIAAN SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) STAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA TAHUN 2024 SECARA ATAS TALIAN

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Bersama-sama ini disertakan jadual pelaksanaan penilaian prestasi tahun 2024 untuk panduan dantindakan YBhg. Datuk/ Datin/ Prof/ Tuan/ Puan.

3. Sukacita kami memohon kerjasama YBhg. Datuk/ Datin/ Prof/ Tuan/ Puan, untuk memastikan proses penyediaan Sasaran Kerja Tahunan dipatuhi mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan seperti dalam jadual yang dilampirkan.

4. Penetapan SKT perlu dilakukan pada awal tahun oleh semua PYD bagi menentukan arah haluan, matlamat dan sasaran kerja organisasi. Proses ini bertujuan untuk memastikan sistem kerja yang berkesan bagi mencapai SKT yang ditetapkan. Berikut merupakan peranan dan tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh setiap pegawai terlibat :

Bil. Perkara Peranan dan Tanggungjawab
i. Pegawai Yang Dinilai (PYD)Menetapkan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) mengikut objektif jabatan
ii. Pegawai Penilai Pertama (PPP) Membuat semakan, perbincangan dan mengesahkan
iii. Moderator LNPT Menyelaras proses penyediaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT)

5. Proses penyediaan SKT Tahun 2023 akan dibuka bermula pada 5 Februari 2024 – 29 Februari 2024. Setiap staf pentadbiran diberikan pemakluman melalui emel rasmi UiTM daripada Sistem HR2U.

6. Sila rujuk Lampiran 1 (Jadual Pelaksanaan Penyediaan SKT) dan boleh berhubung dengan Moderator di PTJ masing - masing untuk sebarang pertanyaan. Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Datin/Prof/Tuan/Puan berhubung perkara ini diucapkan terima kasih.

Sekian.

?????? ????? ?????
“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

Bahagian Pengurusan Perkhidmatan (BPP)
Aras 1, Bangunan Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, SELANGOR

PEMAKLUMAN PROSES KEMASUKAN DAN SEMAKAN SEMULA MARKAH LNPT TAHUN 2023

Baca Selanjutnya
Baca Selanjutnya

PEMAKLUMAN PROSES KEMASUKAN DAN SEMAKAN SEMULA MARKAH LNPT TAHUN 2023

Ruj. Kami : 500-BPD (PKH.13/5)
Tarikh : 1445H ?????
: Mac 2024

Kepada Semua
Ahli Majlis Eksekutif Universiti
Penolong Naib Canselor
Rektor UiTM Cawangan/ Dekan
Ketua Jabatan/ Bahagian/ Pusat/Unit/ Staf
Universiti Teknologi MARA

??????? ???? ????? ????? ????? dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan

PEMAKLUMAN PROSES KEMASUKAN DAN SEMAKAN SEMULA MARKAH LNPT TAHUN 2023

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk, surat kami 500-BPD(PKH.13/5) bertarikh 11 Mac 2024, Pemakluman Pengesahan Markah LNPT tahun 2023 adalah berkaitan.

2. Seperti yang telah dimaklumkan, Mesyuarat Jawatankuasa Pencalonan dan Saraan (NRC) ke – 5 Bil. 2/2024 bertarikh 21 Februari 2024 dan Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Bil. 195 bertarikh 1 Mac 2024 telah mengesahkan markah prestasi 2023 bagi staf akademik dan pentadbiran UiTM.

3. Mesyuarat juga berkeputusan seperti berikut:-

i. Staf yang belum lengkap LNPT 2023 atau belum cukup 6 bulan perkhidmatan hendaklah menyelesaikan penilaian sebelum atau selewat-lewatnya pada 30 Jun 2024.

ii. Semua permohonan kemasukan markah melangkau tahun adalah tidak dibenarkan.

Contoh : Markah LNPT 2022, permohonan rayuan kemasukan pada tahun 2024. (melangkau pada tahun 2023)

iii. Proses semakan markah adalah dalam tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh pemakluman dikeluarkan iaitu pada 11 Mac 2024 sehingga 8 Jun 2024.

iv. Rayuan kemasukan/semakan markah bagi tahun-tahun sebelum 2023, hanya permohonan yang telah diluluskan di JPPSM pusat tanggungjawab sebelum 1 Mac 2024 sahaja akan dipertimbangkan.

4. Amatlah diharapkan YBhg. Datuk/Datin/Prof/Tuan/Puan dapat memastikan proses penilaian prestasi bagi tahun 2023 dilaksanakan dalam tempoh waktu yang ditetapkan agar ianya tidak memberi kesan kepada perkhidmatan.

5. LPU di dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Bil. 195 telah berkeputusan staf yang tidak melaksanakan penilaian prestasi boleh dikenakan tindakan tatatertib.

6. Bersama-sama ini dilampirkan carta alir bagi Proses Semakan Semula Markah LNPT untuk rujukan dan tindakan pihak YBhg. Datuk/Datin/Prof/Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.

?????? ????? ?????

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(NOR AMIRUDDIN BIN MOKHTARUDDIN)
Ketua Timbalan Pendaftar
b.p Pendaftar

KAJIAN SEMULA SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) PERTENGAHAN TAHUN 2024 MENGGUNAKAN SISTEM HR2U BAGI STAF PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN PROFESIONAL & KUMPULAN PELAKSANA) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Assalamuaoaikum wbt dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/Datin/Prof/Tuan/Puan

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan untuk staf pentadbiran, sepertimana yang termaktub dalam Manual Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan (JKK) UiTM ke-140 pada 23 Januari 2013 dan telah berkuatkuasa mulai 25 Januari 2013, penetapan SKT perlu dilakukan pada awal tahun oleh semua PTJ bagi menentukan arah haluan,matlamat dan sasaran kerja organisasinya. Pada pertengahan tahun, proses Kajian Semula Pertengahan Tahun perlu dilakukan untuk mengkaji dan menyemak SKT awal tahun telah tercapai atau perlu pengubahsuaian yang berkaitan. Proses ini bertujuan untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkesan bagi mencapai SKT yang ditetapkan.

3. Berikut merupakan peranan dan tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh setiap pegawai terlibat:

3.1 Peranan Pegawai Yang Dinilai (PYD) adalah seperti berikut:

a) menyemak dan mengemaskini SKT yang telah ditetapkan semasa mengadakan perbincangan awal tahun.

b) mengadakan perbincangan bersama dengan Pegawai Penilai Pertama (PPP).

c) menghantar borang secara dalam talian kepada PPP untuk semakan (proses PYD selesai).

d) PYD perlu memastikan Pegawai Penilai Pertama (PPP) adalah penilai sebenar sebelum klik hantar.

3.2 Peranan Pegawai Penilai Pertama (PPP) adalah seperti berikut:

a) menyemak SKT Pertengahan tahun yang telah dikemaskini oleh PYD.

b) mengadakan perbincangan di antara PYD dan PPP.

c) meluluskan borang Kajian Semula Pertengahan Tahun secara dalam talian (proses PPP selesai).

d) PPP perlu memastikan Pegawai Yang Dinilai (PYD) adalah staf di bawah seliaannya.

3.3 Tindakan Moderator Prestasi staf pentadbiran adalah seperti berikut:

a) mengemaskini nama Pegawai Penilai Pertama (PPP) sekiranya terdapat perubahan.

b) memberi peringatan kepada stafdi bawah PTJ masing-masing untuk melengkapkan borang Kajian Semak Semula Pertengahan Tahun secara dalam talian (online).

c) memantau proses Kajian Semula Pertengahan Tahun sehingga akhir proses.

4. Kajian Semula SKT Pertengahan Tahun 2023 akan dibuka mulai 15 Julai 2024 hingga 05 Ogos 2024. Setiap staf pentadbiran akan menerima pemakluman melalui emel rasmi UiTM daripada Sistem HR2U. Sila ikut arahan yang dinyatakan dalam emel tersebut.

5. Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Datin/Prof/tuan/puan berhubung perkara ini diucapkan terima kasih.

Sekian.

?????? ????? ?????
"MALAYSIA MADANI"

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

Bahagian Pengurusan Perkhidmatan (BPP)
Aras 1, Bangunan Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, SELANGOR

PERMOHONAN WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT (WBB) STAF BAGI TAHUN 2025

Baca Selanjutnya
Baca Selanjutnya

PERMOHONAN WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT (WBB) STAF BAGI TAHUN 2025

Assalamualaikum WBT

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/ Profesor/Tuan/Puan

PERMOHONAN WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT (WBB) STAF BAGI TAHUN 2025

Pekeliling Pendaftar Bil 17 tahun 2018 bertarikh 1 Mac 2018 mengenai Penambahbaikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) di Agensi Kerajaan Persekutuan di Seluruh Negara adalah dirujuk.

2.Permohonan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) bagi tahun 2025 akan dibuka bermula 2 Disember 2024 sehingga 31 Disember 2024. Sehubungan itu, staf diingatkan supaya memohon waktubekerja berperingkat dan ia perlu diluluskan oleh Ketua Jabatan dalam tempoh berkenaan.

3.Permohonan dibuat secara dalam talian pada pautan https://hr2u.uitm.edu.my/. - Pengurusan Waktu Bekerja - Permohonan Waktu Bekerja Berperingkat. WBB yang diluluskan adalah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025.

Kerjasama YBhg. Datuk/Dato'/Datin/ Profesor/Tuan/Puan mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

BAHAGIAN GOVERNAN DAN SEKRETARIAT UNIVERSITI
Pejabat Pendaftar
Aras 3 Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor

Mengenai HR2UMengenai HR2U

HR2U adalah Sistem Pengurusan Sumber Manusia yang telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan sistem Pengurusan Sumber Manusia yang efektif dan efisyen.
Baca Selanjutnya

Baca Selanjutnya

HR2U adalah Sistem Pengurusan Sumber Manusia yang telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan sistem Pengurusan Sumber Manusia yang efektif dan efisyen.

HR2U menghubungkan Pengurusan Sumber Manusia dengan Teknologi Maklumat melalui perisian HR. Ianya melibatkan pelbagai fungsi seperti Perancangan Sumber Manusia, Pengambilan Dan Penempatan Staf, Pengesahan Dalam Perkhidmatan, Pengurusan Perkhidmatan, Pengurusan Saraan, Kebajikan Dan Kemudahan Staf, Perubatan, Peningkatan Kerjaya, Pengurusan Meninggalkan Perkhidmatan, Pelan Penggantian, Integriti, Pengurusan Psikologi, Analisa HR dan Sistem Penggajian.

HR2U memainkan peranan strategik dalam menguruskan keperluan sumber manusia di UiTM serta membantu merevolusikan persekitaran yang lebih produktif.

Modul pertama yang telah siap dibangunkan adalah penyediaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) secara atas talian bagi penilaian Laporan Nilaian Prestasi Tahunan. Modul ini merupakan salah satu sub modul dalam Modul Pengurusan Perkhidmatan. Sehubungan itu, semua staf pentadbiran Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Gred Khas), Kumpulan Pengurusan Dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana perlu mengisi SKT bagi tahun 2018 secara atas talian.